PENGENALAN
Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Dengan sebab itu matematik ialah antara bidang yang terpenting dalam sebarang usaha pembinaan insan. Berasaskan kepada FalsafahPendidikan Kebangsaan, Kurikulum Matematik ini telah diolah dan disusun semula. Langkah yang diambil ini adalah selaras dengan keperluan untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran matematik kepada murid-murid yang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai. Dengan pengetahuan dan kemahiran tersebut, mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menghadapi atau menangani perubahan dan cabaran masa depan.
ISIPADU CECAIR
Terdapat tujuh topik yang perlu dipelajari dan dikuasai kemahirannya. Salah satu daripadanya adalah topik ‘Volume Of Liquid” atau Isipadu Cecair. Ianya meliputi pengenalan terhadap konsep isipadu cecair dan bagaimana mengukur dan membanding isi padu cecair. Pada bahagian pengenalan, murid perlu menguasai konsep ‘penuh’, ‘separuh penuh’ dan ‘kosong’. Seterusnya mereka perlu menguasai kemahiran membanding dan membeza isi padu antara dua bekas cecair menggunakan perkataan ‘sama banyak’, ‘lebih daripada’ atau ‘ kurang daripada.’ Selepas itu barulah mereka mempelajari kemahiran membanding dan membeza isi padu menggunakan unit tidak piawai (non-standard unit) yang sama, contohnya gelas, botol atau sebarang bekas yang sama saiznya.
Gambar 1: Alat-alat Untuk Menyukat Isipadu Cecair |
Dalam aktiviti pembelajaran melibatkan isipadu cecair ini, sesetengah murid sering menghadapi masalah dalam membanding dan membeza isi padu cecair apabila ianya melibatkan dua bekas yang berbeza. Mereka akan mengatakan bahawa bekas yang lebih tinggi mengandungi isipadu yang lebih banyak walaupun bekas yang lebih pendek mengandungi isi padu yang lebih banyak. Mereka sering dipengaruhi oleh ketinggian fizikal bekas kerana pengaruh pengetahuan dan pengalaman harian yang lebih bertumpu kepada konsep ketinggian. Oleh itu kita harus memberikan penerangan yang sewajarnya kepada murid-murid dalam menangani masalah ini.
Gambar 2 : Mana Lebih Banyak |
No comments:
Post a Comment