Saturday, November 27, 2010

AKTIVITI 1 

Kelas : 2 Sarawak

Masa : 120 minit

Kumpulan Sasaran : Murid Berprestasi rendah

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
Menyukat dan Membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dengan betul.

Pengetahuan Sedia Ada:
Murid-murid telah mengetahui perbezaan nilai lebih atau kurang, banyak atau sedikit dan sama banyak.

Alat Dan Bahan Bantu Mengajar ( Rajah 1 )
  • 2 set air berwarna yang berbeza isipadu ( botol air 750 ml dan silinder penyukat 250 ml) dan diletakkan di dalam bekas yang berbeza ketinggian.
  • Cawan mini bagi setiap air berwarna.
  • Bekas kosong seperti jag atau baldi.
Gambar1




Baldi

Atau 
Bikar
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Guru menunjukkan 2 bekas berisi air berwarna seperti dalam rajah 1 (Set A dan Set B).

3. Guru meminta setiap kumpulan meneka dengan membuat anggaran - bekas manakah yang mempunyai isipadu cecair berwarna merah yang paling banyak dan bekas manakah pula yang berisipadu kurang.

4. Setiap kumpulan menjalankan eksperimen dengan menyukat isipadu cecair berwarna merah dalam Set A dengan menggunakan cawan mini.

5. Murid menuang cecair ke dalam cawan mini sehingga penuh satu demi satu dan meletakkan cecair tersebut ke dalam bekas besar sebagai proses pengasingan.

6. Satu bekas mewakili satu unit ukuran bagi cecair.

7. Murid mencatat bilangan cawan yang digunakan dalam proses mengosongkan cecair dalam Set A seperti jadual di bawah.
Bekas
Set A
Set B
Ukuran Menggunakan Cawan



8. Proses yang sama dilakukan dalam menyukat isipadu cecair berwarna yang terdapat dalam Set B dengan menggunakan cawan mini yang sama saiz.

9. Berdasarkan catatan bilangan cawan mini yang digunakan semasa proses pengasingan cecair, guru membimbing murid membuat kesimpulan berdasarkan bentuk bekas dan bilangan cawan yang digunakan untuk menyatakan bekas manakah yang mempuyai isipadu cecair yang paling banyak dan sebaliknya.


10. Kesimpulan
  • Guru menekankan bahawa bekas yang tinggi tidak semestinya mempunyai isipadu cecair yang banyak berbanding bekas yang rendah.
  • Membuat anggaran adalah penting dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment