AKTIVITI 2
Kelas : 2 Sri
Masa : 90 minit
Kumpulan Sasaran: Murid Berprestasi Tinggi
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :
Menyukat dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dengan betul.
Pengetahuan Sedia Ada:
Murid-murid telah mengetahui perbezaan nilai lebih atau kurang, banyak atau sedikit, sama banyak dan dapat membaca angka-angka yang terdapat pada senggatan bekas penyukat 1 liter, 2 liter, 3 liter.
Alat Dan Bahan Bantu Pengajaran :
1. 3 botol air berwarna yang berbeza isipadu dan diletakkan di dalam bekas yang berbeza ketinggian.
2. Cawan mini seperti dalam rajah 1.
3. Bekas kosong seperti bikar atau jag besenggat.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
- Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
- Guru memberikan 3 bekas berisi air berwarna (Set A) dan bekas penyukat bersenggat (Set B) seperti dalam Gambar 1.
- Guru meminta setiap kumpulan membuat anggaran dan mencatat - berapakah jumlah bilangan cawan mini yang diperlukan untuk memenuhkan 1 liter air di dalam jag bersenggat.
- Setiap kumpulan menjalankan eksperimen dengan menyukat isipadu cecair berwarna merah dalam Set A dengan menggunakan cawan mini. Murid dibenarkan menggunakan semua cecair yang ada daripada mana-mana bekas.
- Murid menuang cecair ke dalam cawan mini sehingga penuh satu demi satu dan meletakkan cecair tersebut ke dalam penyukat bersenggat sehingga mencapai isipadu 1 liter sebagai proses pengasingan.
- Satu cawan mini mewakili satu unit ukuran bagi cecair.
- Murid mencatat bilangan cawan yang digunakan dalam proses memenuhkan cecair dalam penyukat bersenggat.
- Seterusnya, dengan menggunakan prosedur dan proses yang sama, murid menyukat 2 liter dan 3 liter isipadu cecair pula.
- Sebagai panduan murid, jadual seperti gambar rajah di bawah diberi.
Isipadu Cecair | Anggaran cawan diguna | Bilangan cawan diguna | Kesimpulan |
1 liter | 1 liter = ___cawan | ||
2 liter | |||
3 liter |
10. Kesimpulan Aktiviti
- Membuat anggaran adalah penting dalam kehidupan seharian.
- Ujian perlu dilakukan sama ada dengan menggunakan bekas bersenggat atau dengan melihat label yang tertulis pada pelekat (cecair dalam botol atau tin).
- Angka yang besar menunjukkan isipadu cecair yang banyak dan sebaliknya. Contohnya: 2 liter air lebih banyak daripada 1 liter air.
Kesimpulan
Kaedah menyukat isipadu cecair memerlukan kefahaman yang tepat. Diharapkan agar murid-murid tidak terpengaruh dengan saiz bekas atau ketinggian bekas dalam menentukan isipadu cecair tertentu.
Pada peringkat asas, penggunaan alat tanpa unit standard seperti penggunaan cawan atau bekas kecil boleh digunakan bagi menyukat isipadu cecair. Untuk penyukatan yang tepat, adalah disarankan menggunakan alat yang bersenggat seperti bikar makmal atau silinder penyukat.
Dalam masalah ini, tahap kefahaman murid-murid sangat perlu untuk menyukat isipadu cecair dengan betul dan menggunakan alatan yang betul supaya dapat mengaplikasikan kemahiran menyukat isipadu cecair dalam kehidupan seharian.